Saturday, May 17, 2014

CARA KENALI BARANGAN DIPERBUAT DARIPADA KULIT BABI


Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi.

Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahalbarangan yang diperbuat dari kulit binatang lain.

Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.

Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:




1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan.

Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti.

Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga.

Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.

Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.

Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu.

3 titik tompokan itu seperti gambar di bawah adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk.

Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga.

Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Bagaimana dengan anda?

Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya?

Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang.

InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya..


read more

kelahiran Doraemon

Doraemon is one of my favourite cartoon.. dari kecik sampai la hari ni.. Btw.. pada mula nya inda xtau sampai  la inda tengok movie kelahiran doraemon..


Tahukah anda? 
1. asal usul warna Doraemon
2. Doraemon dulu mempunya telinga
3. Tarikh lahir doraemon
4. Kenapa Doraemon bertukar warna? 
5. Bagamaina Doraemon menjadi sahabat nobita?
6. Siapah menghantar Doraemon kepada nobita?
7. Siapa kah yang mencipta Doraemon? 



Anda dah tau ? Kalau xtau jom tengok kelahiran Doraemon.. best.. Sejarah kelahiran Doraemon  mengisahkan tentang bagaimana awal mula Doraemon dibuat. menceritakan bagaimana Doraemon berwarna biru dan mengapa telinga doraemon boleh hilang, Doraemon sendiri sebenarnya dibuat dengan tujuan sebagai robot pengasuh, tapi kerana suatu kesalahan pembuatan, doraemon menjadi robot yang lain daripada yang lain 

lagi 1 sem.. yeahh!!

sepanjang hidup.. bermacam2 ragam manusia yang inda jumpa.. especially  "kawan".. Bermacam2 jenis kawan dah jumpa.. kawan 2 talam.. kawan pijak kepala.. kawan makan kawan dan bermacam2 kawan.. haha



teringat time sem 1.. time skema.. time susah.. ramai sangat menghindar.. ramai jugak yang buli.. inda ingat lagi setiap perbuatan yg dia orang buat.. xpe dah lama inda maafkan..cuma inda sukar nak lupakan.. zaman sekarang Allah swt bayar cash je.. dah terjadi depan mata inda.. ingat! Allah mendengar doa orang teranaya.. lagi 1 sem.. yeahh!! x sabarnye.. 



Thursday, May 15, 2014

Jom Kira BMI anda



adakah berat badan anda ideal?
BMI bermaksud body mass index
or in malay it call "berat jisim badan"

BMI merupakan suatu pengukuran yang membandingkan  berat badan dengan tinggi badan. Walaupun dinamakan "indeks", BMI sebenarnya adalah nisbah yang dinyatakan sebagai berat badan (dalam kilogram) dibagi dengan kuadrat tinggi badan (dalam meter). Seseorang dikatakan mengalami obesitas jika memiliki nilai BMI sebesar 30 atau lebih.
Ala xyah susah2 nak kira.. kan zaman sekarang dah canggih.. 
siap dah ada kalkulator berat jisim
xyah nak susah2


adakah berat badan anda ideal?
nak tau? klik sini

dah kira? so apa status anda? haha kalau inda xyah cakap.. 
tengok pun tau.. terlebih sehat..haha

Wednesday, May 14, 2014

Parodi Aril AF

seriously lawak giler..
HAHA .. selamat berhibur :)

video

Ketam HALAL vs HARAM di makan


Inda update info ni sebab inda baru tau actually.. so nak share kan dengan orang lain.. 

Ketam nipah adalah harus dimakan atau halal. Manakala ketam batu adalah haram dimakan. Kebanyakkan ulamak mengatakan binatang hidup dua alam adalah haram dimakan.

Imam Syafie, Imam Nawawi, Imam Hambali mengatakan haram memakan binatang dua alam ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Dihadapan Rasulullah S.A.W. seorang tabib memeperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yang dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah S.A.W. melarang kita membunuh katak itu.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I)

Jadi, hati-hati ye ketika nak makan ketam.. jadi pastikan ianya Halal :)




exam result sem 5

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


whoop! whoop! esok result keluar.. 
kalau x diberi tau memang xtau la jawapnye
itu pun member kelas yang bagi tau

Tarikh keputusan rasmi Peperiksaan Akhir Semester
 Sesi Disember 2013 ialah pada 15 Mei 2014 bermula pada jam 12.00 tengahari*.

so, cara nak check result korang : 


Keputusan peperiksaan akan dimaklumkan melalui kaedah berikut:-



1. Pelajar boleh melayari laman webhttp://www.psa.edu.my/ dan sila ke Perkhidmatan Online dan pilih Kerajaan untuk Perkhidmatan Pengguna (G2C) dan pilih ikon SPMP atau anda boleh melayari terus kehttp://spmp.psa.edu.my/ dengan memasukkan username : no kad pengenalan [Contoh : xxxxxxxxxxxxxx {tanpa tanda sengkang ; 920808xxxxxx}] dan passwod : no pendaftaran / no kad matrik pelajar [Contoh : 08DEU10Fxxxx]

2. Slip Keputusan peperiksaan tidak akan dipos. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mencetak slip keputusan peperiksaan ( http://spmp.psa.edu.my/ ) dan bawa bersama semasa Slip Pendaftaran Sesi Jun 2014 *

Tuesday, May 13, 2014

Al-Quran Bersadur Emas

Semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W, pedagang-pedagang Arab telah sampai ke negara China melalui laluan sutera ( Silk Road) dan mula memperkenalkan Islam. Pada tahun 650 Masihi, khalifah ke-3, Uthman Bin Affan r.a. telah menghantar delegasi rasmi ke China semasa zaman Dinasti Tang. Pemerintah China pada zaman itu telah mengarahkan pembinaan masjid di bandar Chang’an yang merupakan titik permulaan kelahiran Islam di China dan seterusnya berkembang ke daerah-daerah lain.




Penaklukan orang-orang Monggul ke negara China dan Parsi telah melebarkan pengaruh Islam dari sudut budaya dan perhubungan di antara negara China dan dunia Islam. Pada zaman Dinasti Ming, kejayaan kerajaan pada masa itu telah banyak dipengaruhi oleh pemahaman dunia islam. Pada zaman itu, ramai muslim di negara China menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan. Walaubagaimanapun, pengaruh Islam telah merosot pada zaman Dinasti Qing.

Selama 500 tahun, Al-Quran bersadur emas ini telah dibawa oleh orang Islam Arab pada zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyah ke Timur Turkistan (Xinjiang) ke Yunan, China dan seterusnya ke Malaysia. Dipercayai bahawa ia telah dibuat pada kurun ke-16 hingga ke-18 dalam skrip Nasakh.

Al-Quran ini telah melalui zaman kegelapannya pada awal kurun ke-20 kerana pada ketika itu Kerajaan China telah melarang pembelajaran dan pengajaran Al-Quran. Tulisan Arab bersama semua rekodnya telah dibakar termasuk banyak artifak yang mempunyai pengaruh dunia Islam telah musnah. Walaubagaimanapun, Al-Quran’ ini telah berjaya diselamatkan dan menjadi satu-satunya Al-Quran yang bersadur emas dari China.


Naskhah ini merupakan Al-Quran saduran emas buatan tangan dengan pengaruh seni Islam yang sangat berharga untuk warisan keislaman. Ia mengandungi 28 set (19-20 keping bagi setiap set). Quran ini (pengaruh Uthmaniyah) disimpan di dalam 14 kotak bersadur. Saiz setiap kotak ialah 23.5cm panjang, 17.5cm lebar dan 3cm tebal.




Operation Again

Oh!! Tiap tahun kua masuk hospital
kali ni buat operation untuk

1. wrist carpel tunnel syndrome
mengakibatkan kesakitan dekat bahagian warna merah

2. volar ganglion
ni bukan tangan Inda.. ni besa sgt

Dah seminggu tangan berbungkus.. 
seriously nak buat kerja pun susah

tara.. ni la tangan inda selepas seminggu

Actually operation volar ganglion ni,
bukan kali pertama.. tapi kali ke dua

sakit2 pun sempat lagi menular.. hihi




Monday, May 12, 2014

Lahirnya blog baru

Alhamdulillah setelah seminggu bertungkus lumus belajar buat blog..
terhasil jugak.. walaupun simple..

Bismillah.. harap-harap blog yang ni x terbiar macam blog sebelum ni 
Hampir 3 tahun tinggalkan dunia blog
Hampir semuanya lupa

Busy dengan study.. sampai pasword dan email blog lama lupa







Sunday, May 11, 2014

Ujian Personaliti Diri


(1) Warna kegemaran anda ? 
Nyatakan 3 perkataan untuk menghuraikan pilihan anda 

(2)Sekiranya anda boleh menjadi sejenis haiwan, apakah haiwan itu?
Nyatakan 3 perkataan untuk menjelaskan pilihan anda 

(3)Bayangkan suatu air terjun. Nyatakan 3 perkataan untuk menerangkan perasaan anda.

(4)Imaginasikan warna putih. Nyatakan 3 perkataan untuk menyatakan perasaan anda 



Jawapannya ? 

(1) Pandangan anda terhadap diri anda sendiri.

(2) Pandangan orang tentang anda. 

(3) Pandangan anda tentang seks. 

(4) Cara anda melihat suatu kematian.